GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 14 Jun 2011

Gempa Bumi : Penduduk ibu kota gempar rasai gegaran

Terkini dari Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada pukul 8.23 pagi.

Menurutnya, berikutan itu, bangunan seperti Menara Dion dan Kenanga di Jalan Sultan Ismail serta Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Bangsar telah diperiksa sebanyak dua kali untuk tujuan keselamatan. -

 * Sumber Utusan Malaysia



5 Merujuk kepada perkara diatas :

Qira Ramli 14 Jun 2011 pada 1:44 PTG  

oHhh..patut la sy x rasa sebarang gegaran..opis pon 2 tingkat jer..kalo rasa mesti best..xyah wat keje.. ;)

Miecyber 14 Jun 2011 pada 1:55 PTG  

Malaysia juga sudah mengalami gegaran jika negara jiran mengalami gempa bumi.

Gempa bumi sebenarnya berlaku di New Zealand...
Jauh jugak tu....

Katak boleh rawat Kanser

::FAIZ:: 14 Jun 2011 pada 2:00 PTG  

haha komen Hazqira... melawak plak dia

Qira Ramli 14 Jun 2011 pada 2:40 PTG  

hehehe..bukan melawak en.farish...kenyataan tu.. ;p

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP