Piala FA jadi milik Terengganu
KUALA LUMPUR - Terengganu menjulang Piala FA buat kali kedua apabila menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, sebentar tadi.
Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira Terengganu apabila menjaringkan gol kemenangannya pada minit ke-109 masa tambahan.
Terdahulu perlawanan itu terikat 1-1 selepas 90 minit permainan masa sebenar dengan Kelantan membuka tirai gol menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum diikat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dengan jaringan sendiri Daud su Jamaludin. - Utusan
1 Merujuk kepada perkara diatas :
kijang patah kaki
penyu tak menangis lagi
Catat Ulasan