Video : Pelumba Allan McNish terselamat kemalangan dahsyat di litar Le Man
Tweet
LE MANS, Perancis - Pemandu Scotland, Allan McNish terbabit dalam kemalangan dahsyat apabila kereta Audi yang dipandunya melambung ke udara lalu merempuh tembok penghadang semasa perlumbaan 24 jam Le Man, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelumba berusia 41 tahun itu bagaimanapun tidak cedera dalam nahas tersebut selepas jentera yang dipandunya menghentam tembok di litar Le Man di sini kelmarin pada kelajuan 256 kilometer sejam.
Semasa kejadian, McNish cuba memotong rakan sepasukannya, Timo Bernhard apabila keretanya melanggar belakang kereta pasukan Ferrari.
Kereta Audi tersebut kemudian terbabas dan melambung ke udara sebelum merempuh tempoh penghadang keselamatan dan mendarat dalam keadaan terbalik.
Petugas-petugas keselamatan bergegas mengeluarkan McNish dari jenteranya yang remuk.
Pelumba itu kelihatan berada dalam kesakitan tetapi dia disahkan tidak cedera selepas menjalani pemeriksaan perubatan. - Agensi
Video : -
* KERETA lumba Audi dipandu Allan McNsih melambung dalam kemalangan pada perlumbaan Le Man di Perancis kelmarin.
Pelumba berusia 41 tahun itu bagaimanapun tidak cedera dalam nahas tersebut selepas jentera yang dipandunya menghentam tembok di litar Le Man di sini kelmarin pada kelajuan 256 kilometer sejam.
Semasa kejadian, McNish cuba memotong rakan sepasukannya, Timo Bernhard apabila keretanya melanggar belakang kereta pasukan Ferrari.
Kereta Audi tersebut kemudian terbabas dan melambung ke udara sebelum merempuh tempoh penghadang keselamatan dan mendarat dalam keadaan terbalik.
Petugas-petugas keselamatan bergegas mengeluarkan McNish dari jenteranya yang remuk.
Pelumba itu kelihatan berada dalam kesakitan tetapi dia disahkan tidak cedera selepas menjalani pemeriksaan perubatan. - Agensi
Video : -
1 Merujuk kepada perkara diatas :
huih, dasyat..
tapi xpe, kemalangan macam ni lebih baik dari kemalangan atas jalan raya...
: TWILIGHT: BREAKING DOWN PART 1, november ini
: AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm
Catat Ulasan