Gadis kuruskan badan untuk seks
Tweet
BRISTOL - Seorang gadis, Charlotte Royce, 25, sanggup mengurangkan berat badannya semata-mata untuk menjalin hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika berumur 21 tahun, Charlotte mempunyai berat badan 139.70 kilogram dan dia melakukan diet sehingga berjaya mengurangkan separuh daripada berat badannya itu.
"Sejak saya menjadi langsing, saya menjadi daya tarikan ramai lelaki. Itulah senario dunia yang kita hadapi kini," kata gadis itu yang bekerja sebagai wakil jualan.
Enam bulan lalu, dia hilang dara kepada seorang lelaki yang dikenalinya ketika bercuti di Marbella.
Dia berikrar mengurangkan berat badan selepas menemui seorang lelaki dalam satu temu janji ketika berat badannya 139.70 kilogram.
"Raut wajah lelaki itu berubah apabila dia melihat saya tetapi dia bercakap jujur dengan menyatakan pilihan hatinya ialah perempuan yang langsing," katanya.
Menurutnya, dia kemudian berdiet, melakukan senaman dan berjalan selepas waktu kerja sehingga berat badannya berkurangan. - Agensi
* Sumber
* BRISTOL mula mendapat perhatian selepas kurus.
BRISTOL - Seorang gadis, Charlotte Royce, 25, sanggup mengurangkan berat badannya semata-mata untuk menjalin hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika berumur 21 tahun, Charlotte mempunyai berat badan 139.70 kilogram dan dia melakukan diet sehingga berjaya mengurangkan separuh daripada berat badannya itu.
"Sejak saya menjadi langsing, saya menjadi daya tarikan ramai lelaki. Itulah senario dunia yang kita hadapi kini," kata gadis itu yang bekerja sebagai wakil jualan.
* WAJAH Bristol sebelum kurus.
"Raut wajah lelaki itu berubah apabila dia melihat saya tetapi dia bercakap jujur dengan menyatakan pilihan hatinya ialah perempuan yang langsing," katanya.
Menurutnya, dia kemudian berdiet, melakukan senaman dan berjalan selepas waktu kerja sehingga berat badannya berkurangan. - Agensi
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan