GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 5 Oktober 2011

Isteri bakar kemaluan suami kerana cemburu


* GAMBAR menunjukkan rumah Satish rosak teruk selepas dijilat api di Adelaide

ADELAIDE - Seorang isteri, Rajini Narayan yang dibicarakan di sebuah mahkamah kerana dituduh membakar kemaluan suaminya pernah memberitahu jiran-jiran bahawa alat sulit lelaki berkenaan adalah miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pendakwa raya, Lucy Boord berkata, Rajini membuat pengakuan kepada jiran-jiran dia membakar kemaluan suaminya, Satish, 47, selepas mengetahui dia mempunyai hubungan sulit.

"Rajini memberitahu jiran-jiran bahawa suaminya menyintai wanita lain, dia (Satish) memeluk wanita itu," kata Boord.

"Rajini menyatakan dia seorang isteri yang cemburu, kemaluan Satish sepatutnya menjadi miliknya."Rajini hanya mahu membakar kemaluannya bagi membolehkan ia menjadi miliknya dan bukan kepunyaan orang lain," kata Boord di mahkamah.

Boord berhujah Rajini tidak boleh dibebaskan dengan ikat jamin tanpa melalui penilaian psikologi terlebih dahulu.

Pendakwa raya mendakwa Satish sedang tidur ketika Rajini merenjis sejenis alkohol di bahagian kemaluan suaminya sebelum membakarnya.

Kebakaran tersebut menyebabkan Satish terjaga dan melompat dari katil tetapi dia terlanggar botol alkohol itu yang tertumpah menyebabkan rumah mereka bernilai AS$1 juta (RM3.49 juta) dijilat api.

Hakim di Mahkamah Majistret Adelaide, Bill Ackland mengarahkan Rajini ditahan sehingga Jumaat ini bagi menunggu laporan mental dari pihak hospital. - Agensi

* Sumber



Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP