GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 10 Oktober 2011

Kaki panjang lebih sihat


* WANITA yang memiliki kaki panjang turut didakwa memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.

WARSAW, Poland – Satu kajian mendapati individu yang memiliki kaki yang panjang berpotensi menarik perhatian jantina berlawanan dengan mereka.

Menurut penyelidik Poland, lelaki atau wanita tertarik pada gambar individu yang kakinya dipaparkan lima peratus lebih panjang.

Hasil kajian itu diterbitkan dalam majalah New Scientist.Namun kaki yang terlalu panjang tidak bersesuaian terutama jika 15 peratus lebih panjang daripada kaki normal yang diluruskan sebanyak 10 peratus.

Saintis Universiti of Wrocklaw membuat kajian ke atas 218 sukarelawan berlainan jantina dengan mengubah suai tujuh gambar lelaki dan wanita yang mempunyai kepanjangan kaki berbeza-beza.

Ketua penyelidik, Dr. Boguslaw Pawlowski, berkata, hasil kajian turut mendapati individu mempunyai kaki panjang lebih sihat berbanding yang pendek.

“Saya tidak fikir orang biasa tidak akan menjadi luar biasa dalam meminati mereka yang berkaki panjang,” katanya.

Hasil kajian perubatan di United Kingdom sebelum ini pula mendapati mereka yang berkaki pendek lebih berisiko untuk menghidapi penyakit hati. – Agensi

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP