Lelaki Tinggalkan Wang Sejuta Di Kafe
Tweet
SYDNEY: Polis kini sedang mencari pemilik beg pakaian yang dipenuhi oleh wang kertas yang ditinggalkan di sebuah restoran Itali di sini.
Beg tersebut ditinggalkan oleh seorang pelanggan misteri restoran berkenaan.
Rangkaian televisyen Ten Network melaporkan beg tersebut ditinggalkan di Cafe Marco pada pagi Selasa, dan mengandungi 1 juta wang Australia dalam not $50.
Bagaimanapun polis hanya menyifatkan beg tersebut mempunyai sejumlah wang tunai. Detektif Inspektor, Ian Pryde memberitahu wartawan bahawa seorang lelaki dalam lingkungan 30an memakai seluar luncur dan singlet membawa beg itu ke dalam kafe berkenaan.
Dia kemudiannya kelihatan seperti takutkan sesuatu dan terus meninggalkan kafe itu tanpa wang tersebut.
Seorang pekerja di restoran itu yang cuba dihubungi media enggan memberi komen kerana mendakwa dia sibuk melayan pelanggan. - AP
* Sumber
1 Merujuk kepada perkara diatas :
rezeki la kot huhuhhhhh
Catat Ulasan