GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 27 November 2011

Live Streaming : Malaysia vs Bahrain | Kelayakan Olimpik 2012


PETALING JAYA - Pertemuan menentang Bahrain malam ini ibarat misi 'hidup mati' buat skuad Harimau Muda, tegas jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee. Kita perlu menang jika masih memasang impian untuk beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan atau peluang semakin tipis jika tewas buat kali ketiga berurut-turut.

Bagi memastikan tiga mata diraih di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Harimau Muda akan turun dengan menyerang habis-habisan, janji Kim Swee yang turut lega melihat kebanyakan pemain semakin cergas selepas tampak keletihan ketika tumpas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu.

Ketika ini, Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 selepas tewas dalam dua perlawanan pertama kepada Jepun dan Syria, ironiknya Bahrain juga gagal mengutip sebarang mata dalam dua aksi pertama mereka kerana kalah kepada lawan yang sama.

Hanya tiga mata penuh mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan, justeru Kim Swee mahu anak-anak buahnya menghadapi perlawanan ini seperti pertarungan akhir.

"Selepas latihan semalam (kelmarin) saya nampak pemain lebih cergas, namun ada beberapa tonggak yang masih belum pulih sepenuhnya seperti Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim.


* PEMAIN negara gigih berlatih di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam dalam persiapan menentang Bahrain, hari ini. - MINGGUAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

"Di bahagian serangan, (A) Thamil Arasu menjadi pilihan utama saya ketika ini, manakala Muhamad Nazmi Faiz Mansor akan membantu jentera serangan dengan bertindak sebagai pengemudi bahagian tengah,'' kata Kim Swee selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM, di sini semalam.

Kim Swee juga menegaskan, biarpun akan menyerang habis-habisan, namun Malaysia tetap berwaspada dengan asakan Bahrain, yang disifatkan memiliki corak permainan sama seperti Syria.

"Kita tahu mereka mempunyai hantaran bola jauh yang baik serta laju ketika di atas padang, namun saya percaya kita mampu mengawal permainan kerana kita juga mempunyai kelebihan daripada aspek teknik.

"Saya amat serius pada perlawanan esok (hari ini) dan jika Irfan dapat bermain, saya yakin bahagian tengah akan lebih berfungsi terutama apabila digandingkan dengan Nazmi," jelasnya lagi.

Jika Malaysia tumpas 2-0 kepada Jepun dan Syria dalam aksi terdahulu, Bahrain pula kalah 2-0 dan 3-1 kepada kedua-dua pasukan itu.

* Sumber







0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP