GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 30 November 2011

Profesor nafi simpan foto pornografi kanak-kanak

* Grant D. Smith, 47, Foto / AP

BOSTON: Seorang profesor sebuah universiti di Utah yang dituduh menonton imej kanak-kanak bogel di komputer ribanya ketika menaiki penerbangan kelas pertama ke bandar raya ini hujung minggu lalu mengaku tidak bersalah atas dakwaan pornografi kanak-kanak, kelmarin, kata pihak berkuasa. 

Profesor Sains Bahan dan Kejuruteraan di Universiti Utah, Grant Smith, ditahan Sabtu lalu sejurus selepas penerbangan Delta Airlines dari Utah ke Boston mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan. 

Penumpang lain yang melihat skrin komputer Smith memberitahu kru kabin mengenai hal itu dan turut memberitahu seorang ahli keluarga yang kemudian menghubungi pihak polis. Pendakwa wilayah Suffolk, Daniel Conley, berkata iemj dalam gambar itu bukan foto yang akan disimpan oleh ibu bapa. “Ia bukan gambar kanak-kanak di dalam bilik air yang akan disimpan ibu bapa.

“Ia jelas berbaur kelucahan dan sangat membimbangkan,” katanya.


Smith disoal siasat sejurus ketibaannya dan polis memnemui beberapa imej kanak-kanak perempuan di komputer ribanya dengan sesetengahnya dalam keadaan bogel, manakala yang lain ada yang melakukan hubungan seks bersama lelaki dewasa.

Polis menganggarkan imej kanak-kanak itu berusia antara lima hingga 14 tahun. Smith, 47, direman dengan ikat jamin AS$75,000 (RM240,000). Dia juga diarahkan supaya tidak berhubung dengan mana-mana kanak-kanak di bawah 16 tahun sebagai sebahagian syarat ikat jamin. - Reuters


*Sumber 
 

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP