GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 28 November 2011

Rakyat Britain suka berpeluk

* David Beckham yang tersenarai sebagai selebriti lelaki paling ingin dipeluk rakyat Britain memeluk anaknya ketika menyaksikan perlawanan bola keranjang pasukan Lakers di Los Angeles. - AGENSI

LONDON 27 Nov. - Satu kajian mendapati rakyat Britain gemar berpelukan untuk menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga, pasangan dan sahabat mereka.

Secara purata, rakyat Britain berpelukan sebanyak 13 kali dalam sehari selama 9.5 saat atau kira-kira sejam dalam masa sebulan.

Kajian oleh syarikat produk kecantikan kulit Nivea itu turut menemui dua pertiga daripada masa dalam kehidupan seharian digunakan untuk berpelukan.

Sebanyak 14 peratus pelukan adalah untuk sahabat, manakala sembilan peratus bagi pelukan terhadap ahli keluarga seperti ibu bapa.

Dalam pada itu, kajian yang dijalankan mendapati pemain bola sepak terkenal, David Beckham tergolong dalam senarai selebriti lelaki yang paling ingin dipeluk oleh rakyat Britain.

Selain itu, pelakon George Clooney, Dermot O'Leary, Gary Barlow dan Robbie Williams turut tersenarai dalam kategori yang sama.

Bagi kategori selebriti wanita, Cheryl Cole, Lorraine Kelly, Kate Middleton dan Nigella Lawson menjadi pilihan rakyat negara ini.

Kajian tersebut menyatakan pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual malah ia sebagai satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.

Namun begitu, suku daripada rakyat Britain mengakui berasa kurang selesa melakukan sentuhan fizikal dengan orang sekeliling.

"Saya tidak pernah terfikir untuk memeluk rakan sekerja sebaliknya hanya melakukan demikian dengan ahli keluarga sahaja," kata Glenn Adams, 28.

- AGENSI

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP