GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 4 Disember 2011

Erni Dekritawati Yuliana Buhari : Akad nikah di rumah



KUALA LUMPUR: “Rita tengah ‘darah manis’ dan mahu tenang melalui saat manis bergelar raja sehari,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau Rita yang melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, hari ini.

* CANTIK... pelamin untuk mempelai bersanding.

Majlis akad nikah yang diwalikan bapanya, Buhari Mohamed, 62, dijadualkan berlangsung jam 5 petang ini disusuli jamuan makan malam di kediaman mewah Allahyarham Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak.

*SEDIA... ruang makan tetamu di tepi pentas utama.

Majlis persandingan di pihak lelaki pula bakal diadakan di Crown Plaza, 8 Disember ini.

Sambil ketawa dan bersuara ceria, Rita yang dihubungi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai perkahwinannya, sebaliknya menjemput media menghadiri majlis hari bahagianya.

“Maaf, Rita tak mahu komen apa-apa. Takut kalau Rita komen, nanti melalut-lalut pula. Kalau mahukan komen, Rita akan jawab semua pertanyaan pada hari perkahwinan nanti,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  5 Disember 2011 pada 3:51 PTG  

Tahniah. Semoga diberkati Allah. Saya selalu ingat tentang nasib yang dilalui oleh ibu anda ketika menghadapi saat2 kematiannya. Demi Allah bersikap keraslah pada orang kafir. Saya terasa seperti saya turut terbunuh pada hari itu. Melayu ultra.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP