Julia Perez ada niat kahwin lari
Tweet
* JULIA... hanya akan kahwin dengan kekasihnya Castano, selepas dapat restu ibu.
JAKARTA: Niat Julia Perez untuk bernikah dengan kekasihnya, Gaston Castano masih tidak mendapat restu daripada ibunya.
Julia khabarnya ingin meneruskan rancangannya bernikah dengan Castano iaitu dengan kahwin lari.
Ketika ditemui di studio dahSyat di RCTI, Kebon Jerok, Jakarta Barat semalam, Julia mengaku dia pernah berniat untuk kahwin lari dengan pemain bola sepak yang berasal dari Argentina itu, tetapi dia membatalkan hasratnya itu.
“Saya pernah terfikir untuk kahwin lari tapi saya tak mahu kerana saya lihat, pasangan yang kahwin lari pasti akan bercerai kemudian,” kata bintang filem Beranak Dalam Kubur ini.
“Saya pernah terfikir untuk kahwin lari tapi saya tak mahu kerana saya lihat, pasangan yang kahwin lari pasti akan bercerai kemudian,” kata bintang filem Beranak Dalam Kubur ini.
Katanya lagi, dia masih berharap ibunya akan merestui niatnya untuk bernikah dengan Gaston.
Saya akan terus berusaha mendapat restu ibu. Jika tidak, saya tak mahu bernikah,” katanya. - TB
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan