GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 10 Disember 2011

Maharaja Lawak Mega : Osbon Pesaing Sengit Boboi

* Osbon ketika membuat persembahan di minggu ketujuh Maharaja Lawak Mega di Royal Theater Selangor, Shah Alam, malam Jumaat. - Foto RICKY LAI
SHAH ALAM: Persaingan Maharaja Lawak Mega (MLM) semakin sengit apabila kumpulan Osbon telah menandingi markah kumpulan Boboi pada minggu ketujuh di Royal Theater Selangor, di sini, Jumaat malam.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani, Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof Abdul Hamid (Mr Os), 50, dan Sharizan Ahmad (Abon), 51, berjaya mendapat markah 74 peratus berbanding Boboi yang diterajui oleh Afdlin Shauki Aksan (Afdlin Shauki) dan Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik) dengan 68 peratus.
Malah, juri tetap program realiti itu, bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan mengakui Osbon layak untuk menduduki tangga teratas.
Boboi menduduki tangga kedua dengan 68 peratus.
“Saya melihat Osbon layak untuk berada di atas kerana mereka memberikan persembahan yang baik,” katanya dalam satu sidang media selepas program itu berakhir.
Sementara itu, Adlin Aman Ramlie berjaya menduduki tempat ketiga dengan 64 peratus, diikuti dengan Saehu (63 peratus), Syok (60 peratus), BP- Bawal Power (56 peratus) dan Pimai (56 peratus).
Tujuh peserta yang tinggal gembira setelah diumumkan tiada penyingkiran pada minggu ini.
Hos MLM, AC Mizal mengumumkan tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu bertemakan ‘Silent Comedy’ dan ‘Tiru Gaya Artis’ itu.
Namun pada minggu kelapan dijangka akan ada dua peserta yang disingkirkan.
Selain Zainal, MLM turut diadili oleh juri tetap iaitu chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan juri jemputan Taura Taufany (kumpulan The Lima).
Markah keseluruhan dikira berdasarkan undian penonton yang membawa kepada 30 peratus manakala 70 peratus lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.
Program MLM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (saluran 132).
* Sumber mStar Online

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Atiah 10 Disember 2011 pada 9:56 PTG  

yeah.osbon daa semakin mantap

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP