GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 28 Disember 2011

Mark Zuckerberg tunggang kerbau


* GAMBAR yang dirakamkan pada Isnin lalu menunjukkan Mark Zuckerber menunggang seekor kerbau dengan seorang petani berjalan di tepi haiwan itu di lokasi pelancongan terkenal, Sapa di wilayah Lao Cai, Vietnam.
HANOI, Vietnam - Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau semasa dia melawat Vietnam selama beberapa hari sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS).
Bilionair berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan beberapa pengawal peribadi pada 22 Disember lalu.
Penolong Pengurus Hotel Topas Ecolodge, Le Phuc Thien berkata, Zuckerberg tinggal di hotel berkenaan di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam pada Hari Krismas.
Pada hari yang sama, beliau turut mencuba pengalaman menunggang kerbau dengan seorang petani berada di sisi haiwan itu.
Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kemudian dibawa bersiar-siar di sekitar resort berkenaan.
Dia mengasaskan Facebook pada 2004.
Pemerintah Vietnam menyekat penduduknya melayari laman Facebook dan beberapa laman web lain. - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP