Video : Trak mainan mampu tarik sebuah kereta kecil
Tweet
VENICE 5 Dis. - Seorang peminat trak di Itali menghabiskan masa selama 2,000 jam semata-mata untuk membuat sebuah trak mainan kawalan jauh gergasi.
Luca Bordin, 30, berkata, saiz trak mainan itu adalah suku daripada trak sebenar jenis Peterbilt 359 yang digunakan untuk menghantar barang di lebuh raya Amerika Syarikat dan mempunyai kepanjangan 4.8 meter, tinggi satu meter dan berat 250 kilogram.
Bordin berkata, ciptaannya itu serupa dengan trak sebenar dan mengambil masa selama sembilan bulan untuk dihasilkan.
Trak itu dikuasakan dengan motor 36 volt 750 watt dan mampu bergerak selaju 14 kilometer sejam.
Ia juga sangat kuat dan mampu menarik sebuah kereta kecil. Malah, ia juga sangat utuh sehingga Bordin boleh duduk di atasnya sambil mengendalikan trak mainan itu.
Trak berwarna merah itu turut mempunyai stereng, sistem muzik yang canggih dan televisyen LCD 22 inci, selain dilengkapi dengan butang kecemasan untuk menghentikannya.
"Saya mengambil masa beribu-ribu jam untuk menyiapkannya dan proses pembikinan memerlukan kesabaran.
"Saya amat meminati trak tetapi jalan kecil di Venice tidak sesuai untuk kenderaan itu dan saya mengambil keputusan untuk mencipta sebuah trak mainan serupa dengan trak sebenar," katanya.
- AGENSI
1 Merujuk kepada perkara diatas :
2 month? wow
Catat Ulasan