GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 8 Januari 2012

10 syarat berhimpun

Arahan pada perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, esok

        • Polis akan memasang pita had kawasan perhimpunan
        • Dilarang kain rentang 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'
        • Dibenar hanya dua 'loudhailer' bagi kawal peserta
        • Dilarang berucap
        • Dilarang mengganggu prosiding mahkamah
        • Jika kawasan penuh, peserta lain perlu beredar 
        • Penganjur pastikan peserta tidak bawa senjata
        • Bersurai tidak lewat daripada satu jam selepas keputusan mahkamah
        • Patuhi arahan polis
        • Dilarang melakukan khianat atau merosakkan harta benda awam
      • Patuhi semua peraturan: KPN

KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan penganjur perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di Jalan Duta, di sini esok supaya mematuhi 10 syarat yang dipersetujui dalam perbincangan dengan Timbalan Presiden parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, kelmarin. 

Antara syarat termasuk peserta mesti berada dalam kawasan ditetapkan dan bersurai jika peserta melimpah ke luar kawasan, tidak membawa risalah dan kain rentang ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’, larangan pengucapan awam dan hanya dua pembesar suara ‘loud-hailer’ dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata beliau terpaksa membuat kenyataan itu kerana sudah ada tanda-tanda cubaan menghasut oleh pihak tertentu melalui laman sosial yang seolah-olah mahu memainkan sentimen kebencian dan menimbulkan kekecohan. 

Katanya, dalam pertemuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur itu, Mohamed Azmin sudah dimaklumkan syarat perhimpunan di kawasan letak kereta awam kompleks yang boleh memuatkan 4,000 hingga 5,000 peserta.

Selain Mohamed Azmin, empat pemimpin PKR yang hadir adalah Naib Presiden, N Surendran; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi, Mohd Rafizi Ramli.

Ismail berkata, polis bersetuju memberi kebenaran atas semangat Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Parlimen tahun lalu, selain mahu membawa perubahan dalam negara sesuai dengan perkembangan semasa.

“Namun, penganjur perlu bertanggungjawab terhadap perhimpunan dengan memastikan setiap undang-undang dan peraturan dipatuhi, selaras akta berkenaan.

Ramai yang tidak bersetuju apabila polis memberi kebenaran, tetapi atas semangat akta berkenaan, kita benarkan mereka berkumpul.

“Kebenaran itu bagi memberi peluang kepada semua sama ada polis dan rakyat berubah. Ia dibuat berdasarkan perkembangan dalam dan luar negara. Tetapi, jangan pula salah gunakan kebenaran itu,” katanya dalam taklimat media, di Bukit Aman semalam.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, pihaknya menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur dalam pertemuan kelmarin, tetapi tidak menyentuh mengenai sekatan yangdiumumkan polis selepas itu.

Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron dalam Twitternya berkata, ‘PKR setuju adakan perhimpunan di pakir kereta mahkamah tetapi tolak 10 syarat baru polis’ dan ‘para pejuang juga sudah bersedia’. 


* Sumber Berita Harian

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP