Anugerah Blog Nuffnang peringkat Asia Pasifik (Napbas).
Tweet
* SEMUA pemenang pada malam anugerah dwi tahunan bergambar beramai-ramai selepas acara berakhir ( beautifulnara antara salah seorang pemenang )
BERTEMPAT di Grand Ballroom, Marriot Putrajaya pada malam minggu lalu, seramai 500 blogger yang berdaftar dengan pengiklanan blog, Nuffnang dari China, Singapura, Filipina dan Malaysia berkumpul bagi menghadiri majlis dwitahunan, Anugerah Blog Nuffnang peringkat Asia Pasifik (Napbas).
Sebanyak 13 kategori disediakan dalam pertandingan tersebut dengan kategori utama blog terbaik rantau Asia Pasifik dimenangi oleh blog Xiaxue.
Dalam ucapannya tatkala menerima trofi kemenangan, dia menceritakan kepada para hadirin mengenai keperitan yang ditanggungnya ketika mula-mula menulis blog pada tahun 2003.
“Ketika itu, tiada sesiapa pun yang menghormati saya dan kerja yang saya lakukan. Tetapi, saya terus menulis dan buat apa yang suka.
“Sehingga kini, kami telah dihormati malah, jenama dan syarikat sudah mula melihat kita berbanding media-media tradisional lain,” katanya yang menerima hadiah trofi dan tiket penerbangan sumbangan AirAsia.
Blog gaya hidup
Xiaxue atau nama sebenarnya Wendy Cheng Yan Yan, 27, berharap suatu hari nanti dapat membantu blog-blog yang baru hendak bermula supaya turut diterima oleh pelayar-pelayar Internet.
* XIAXUE menerima anugerah Blog Paling Berpengaruh daripada perintis Nuffnang, Timothy Tiah.
Blog Xiaxue merupakan sebuah blog yang memaparkan gaya hidup terutamanya di Singapura dengan bersifat santai melalui penggunaan bahasa-bahasa yang mudah.
Selain itu, dalam blognya, dia turut berkongsi tip dan pendapat mengenai sesuatu produk melalui perbandingan serta tahap penerimaan oleh pengguna.
Sehingga kini, blognya telah mencapai angka hit lebih 400,000 dengan 40,000 pelayar internet membaca blog Xiaxue setiap hari.
Selain memenangi anugerah blog terbaik bagi rantau Asia Pasifik, dia turut memenangi satu lagi kategori iaitu blog paling berpengaruh.
Sehingga kini, penulis blog yang mendaftar dengan Nuffnang berjumlah lebih 1 juta orang dari tujuh buah negara. Majlis anugerah yang diadakan setiap dua tahun sekali itu memilih pemenang dengan cara undian oleh orang ramai dan juri.
“Anugerah Blog Asia Pasifik adalah penanda aras kepada para blogger. Itu menunjukkan blog telah menawan rantau ini. Ia pantas berkembang dan mempengaruhi dalam tempoh singkat malah, ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup,” kata pengasas bersama Nuffnang, Timothy Tiah.
Pada malam itu, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti James Baum dan Reshmonu selain sitkom oleh Harith Iskander.
Majlis yang dikemudi oleh Nadia Heng dan Liang itu turut menyaksikan pengendali blog hiburan Malaysia, beautifulnara.com menang anugerah blog hiburan terbaik.
* Sumber Kosmo! Online
* Sumber Kosmo! Online
2 Merujuk kepada perkara diatas :
hi. sy nk masuk iklan. tlg email sy zatielismail@ymail.com
sallam, Tahniah buat para pemenag.
Catat Ulasan