GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 29 Januari 2012

Asteroid nyaris langgar Bumi


* Imej dikeluarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menunjukkan bahagian selatan sebuah daripada asteroid gergasi, Vesta yang diambil oleh kapal angkasa Dawn. - REUTERS

WASHINGTON 28 Jan. - Asteroid bersaiz sebesar bas hampir-hampir melanggar Bumi semalam, walaupun pakar sebelum ini tidak bimbang dengan kesannya.

Pengarah bersekutu Pusat Planet Kecil yang beribu pejabat di Amerika Syrikat, Gareth Williams berkata, asteroid yang diberi nama 2012 BX34 itu mempunyai ukuran diameter antara enam hingga 19 meter.

Kewujudannya sebelum ini tidak diketahui sehinggalah ia dikesan oleh teleskop di Arizona pada Rabu lalu.

Menurut Williams, 2012 BX34 hanya berada sejauh kira-kira 60,000 kilometer daripada Bumi ketika ia melintasi pada pukul 11 malam tadi waktu Malaysia.

"Insiden yang disifatkan oleh pemerhati angkasa lepas sebagai 'hampir mengenai Bumi' itu menjadikannya antara 20 asteroid yang paling hampir melanggar Bumi," kata Williams.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Khamis lalu mengumumkan bahawa asteroid itu akan 'selamat melalui Bumi pada 27 Januari'.

Williams berkata, ekoran saiznya yang kecil, 2012 BX34 hanya boleh dikesan ketika ia hampir dengan Bumi. - AFP

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP