GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 30 Januari 2012

BB1M : Dua kedai buku tawar wang tunai

* Sumber Gambar :  Ayed Yol ..beliau sangat menghargai pemberian Boucar ini.. ''terima kasih pada yang memberi ''


Siasatan polis untuk dakwa pemilik

SHAH ALAM: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap dua kedai buku di Kota Bharu, Kelantan yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata kertas siasatan sudah dibuka untuk mendakwa pemilik kedai buku berkenaan dan memberi amaran tindakan sama akan dikenakan terhadap mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.


"Polis juga sedang menyiasat dakwaan ada sepasang suami isteri menawarkan wang tunai kepada pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM).
"Selain itu, kita juga sudah mengesan pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) yang mengiklankan BB1M dalam internet untuk mendapatkan wang tunai," katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Isnin lalu, Berita Harian mendedahkan perbuatan pelajar IPT menyalahgunakan BB1M dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah atau menjualnya kepada pihak lain dengan menawarkan potongan harga istimewa, selain melelong menerusi internet. 

Tinjauan sebelum ini mendapati beberapa laman blog dan forum internet, termasuk Facebook dan mudah.com.my, digunakan pelajar untuk mengiklankan tawaran menjual BB1M yang sah laku selama tiga bulan sehingga 31 Mac ini. 

Pemberian BB1M bernilai RM200 kepada penuntut Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPT awam dan swasta, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012. 


Khalid berkata, siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang. 

Sementara itu, beliau berkata, siasatan awal mendapati tiga letupan bom jangka berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 9 Januari lalu, diperbuat daripada mercun. 


* Sumber Berita Harian

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP