GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 8 Januari 2012

Christina Aguilera Tak kesah tembam


* ISU paling penting bagi Christina bukan mengenai bentuk tubuhnya, tetapi kegembiraan diri, teman lelaki dan keluarga sendiri.

LOS ANGELES: Tanpa mempedulikan pandangan orang lain, satu-satunya juri wanita dalam siri realiti The Voice - Christina Aguilera - selesa dengan keadaan dirinya.

Menurut Christina, dia menceburi bidang hiburan sejak sekian lama dan tiada sesiapa mampu menjadi sempurna di mata peminat.

“Anda tidak boleh terlalu kurus, terlalu berisi, ada bentuk badan seksi atau apa saja,” katanya.
Menurut Christina, selepas menceburi bidang hiburan ketika berusia 17 tahun, dia memahami setiap selebriti terpaksa berdepan dengan kritikan.

Pada masa sama, katanya, dia sentiasa bersedia menghadapi risiko.

“Saya sangat yakin dengan bentuk badan sendiri dan rakaman video selama ini membuktikannya.

“Saya tak pernah berasa janggal dengan keadaan fizikal sendiri,” katanya dalam sesi perbincangan panel The Voice semalam. Selain Christina, juri The Voice disertai tiga penyanyi lain, iaitu Cee Lo Green, Adam Levine dan Blake Shelton.

Kata Christina, walaupun dikritik kerana memiliki badan agak tembam, dia gembira dengan keadaan itu.

“Malah teman lelaki saya (Matthew Rutler) suka dengan keadaan ini.

“Saya gembira, Rutler gembira, manakala anak saya sihat dan gembira - itu paling utama,” katanya.

Mengenai siri The Voice, Christina berkata, dia gembira menjadi seorang daripada mentor peserta kerana ia membuka peluang untuknya berkongsi pengalaman mengenai imej diri serta pemilihan gaya.

“Saya sangat terbuka dalam siri itu,” katanya. Siri The Voice musim kedua mula ditayangkan di stesen NBC pada 5 Februari ini. - AH

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP