GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 26 Januari 2012

Doktor Dipenjara Kerana Beli Buah Pinggang Daripada Kumpulan Gengster


TOKYO: Mahkamah Jepun pada Rabu mengenakan hukuman penjara ke atas seorang doktor yang membayar sejumlah $100,000 (RM315,991.39) kepada kumpulan gengster bagi mendapatkan buah pinggang yang diambil oleh seorang lelaki untuk dirinya sendiri, yang dilaporkan berhutang dengan kumpulan penjenayah licik.
Toshinobu Horiuchi, 56, membayar 8 bilion yen atau $100,000 (RM315,991.39) untuk organ berkenaan yang diperlukan untuk masalah buah pinggangnya sendiri, menurut keterangan dalam Mahkamah Daerah Tokyo.
Doktor tersebut dipenjara selama tiga tahun.
Hakim Atsuo Wakazono mengatakan dengan sekeras-kerasnya bahawa pembelian buah pinggang itu merupakan sesuatu yang melemahkan prinsip keadilan dalam pemindahan organ.
“Ia adalah satu jenayah yang mementingkan diri sendiri yang dilakukan oleh doktor menggunakan kuasa wang. Tiada ruang untuk diberi pengampunan,” katanya.
Enam individu yang lain termasuk isteri Horiuchi yang berusia 48 tahun iaitu Noriko turut disabitkan kesalahan kerana bersubahat dalam pembelian organ itu yang dipercayai milik seorang lelaki berusia 21 tahun.
Menurut keterangan mahkamah, pemindahan organ itu berjaya hanya selepas Horiuchi sebelum ini gagal membeli buah pinggang pada harga 10 juta yen (RM391,966).
Perjanjian berlaku dan kehabisan kesemua wangnya apabila dia dan kumpulan gengster yang berurusannya tidak bersetuju terhadap beberapa terma.
Undang-undang Jepun mengharamkan pembayaran ke atas bahagian-bahagian badan dan menetapkan garis panduan kesihatan bagi pemindahan organ yang bernyawa hanya boleh dilakukan oleh ahli keluarga.
Kira-kira 13,000 orang menunggu untuk pemindahan organ di Jepun di mana hanya kira-kira 300 pembedahan dijalankan pada setiap tahun dan sebahagiannya disebabkan oleh peraturan-peraturan yang ketat dan tahap kesedaran rendah di kalangan masyarakat berhubung isu berkenaan. - AFP
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP