GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 27 Januari 2012

Lelaki Gunakan Mayat Abang Untuk Palsukan Kematian Sendiri



TOKYO: Seorang lelaki Jepun memalsukan kematiannya sendiri dengan menggunakan mayat mendiang abangnya sebagai mayatnya, kata polis dan media pada Khamis.
Menurut harian Mainichi, dia menggunakan alasan itu bagi memastikan lesen memandunya dibatalkan oleh kerana dia mempunyai kesalahan trafik yang berulang, meskipun adik-beradik Tsukasa Oizumi yang lebih tua masih hidup.
Oizumi mengambil keputusan untuk menukarkan identitinya sepenuhnya apabila abangnya jatuh sakit dan meninggal dunia pada usia 56 tahun pada tahun 2008.
Dia "memberitahu" pihak berkuasa bahawa mayat abangnya adalah mayatnya sendiri malah doktor yang menguruskan kematian abangnya tidak mengesyaki apa-apa, menurut akhbar Asahi Shimbun.
“Mayatnya” dibakar seperti yang sering dilakukan bagi pengebumian di Jepun.
Menurut laporan itu lagi, Oizumi yang kini berusia 58 tahun membuat tuntutan faedah keselamatan sosial menggunakan nama abangnya bagi menjaga ibunya yang uzur di rumah.
Dia bagaimanapun menyerah diri di pejabat kebajikan tempatan pada Jun lalu kerana diselubungi oleh perasaan bersalah, lapor Asahi.
Pihak polis mengambil masa berbulan-bulan untuk mengesahkan kebenaran pengakuan Oizumi sebelum menahannya pada Rabu kerana didakwa “menyembunyikan dirinya dengan menyamar sebagai abangnya yang telah mati dan mendaftar menggunakan butiran salah untuk sijil-sijil rasmi,” kata seorang jurucakap. - AFP
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

nazc 27 Januari 2012 pada 2:32 PTG  

pergh!!! macam tu pun ade...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP