GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 2 Januari 2012

Percaya Atau Tidak Pekerja Indonesia Hantar Pulang AS$2.1 Bilion Sepanjang 2011



JAKARTA: Sejumlah AS$6.1 bilion telah dikirim pulang oleh tenaga kerja Indonesia ke negara asal mereka dari Januari hingga November 2011 dan daripada jumlah itu, AS$2.1 bilion adalah dari Malaysia. Itulah angka yang tercatat di bank pusat Bank Indonesia (BI) dan ia tidak termasuk wang yang dikirim secara langsung oleh mereka dan melalui institusi bukan bank, yang tidak direkodkan BI.
Pengarah Pemberdayaan Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Baslian Krisnayoza berkata, kiriman wang berjumlah AS$6.1 bilion itu adalah daripada tenaga kerja Indonesia yang bekerja di kawasan Asia, Timur Tengah dan Afrika, Amerika serta kawasan Eropah dan Australia.
Kiriman pulang wang dari kawasan Asia sahaja sudah berjumlah AS$3.5 bilion iaitu dari Malaysia AS$2.1 bilion, Taiwan (AS$448 juta), Hongkong (AS$441 juta), Singapura (AS$238 juta), Jepun (AS$146 juta), Korea Selatan (AS$85 juta), Brunei (AS$53 juta), Macao (AS$38 juta) dan lain-lain AS$2.69 juta, katanya dalam siaran berita di sini.
Kiriman dari kawasan Timur Tengah dan Afrika berjumlah AS$2.4 bilion dengan sebahagian besarnya dari Arab Saudi iaitu Rp2 bilion, kiriman dari Amerika berjumlah AS$129 juta manakala kiriman dari kawasan Eropah dan Australia pula berjumlah AS$22.3 juta.
"Secara keseluruhan, kiriman 2011 yang berjumlah AS$6.1 bilion mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kiriman pada 2010 yang berjumlah AS$6.7 bilion," kata Krisnayoza.
 - BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP