GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 26 Januari 2012

Pindaan sekat salah laku Internet


* TREND mencarut dan memfitnah di Internet semakin berleluasa dengan antara yang terlibat adalah generasi muda yang menganggap ia satu ekspresi diri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan meminda peraturan mengenai 'salah guna talian atau jaringan' dalam Akta Komunikasi Multimedia 1998 (AKM) bagi mencegah trend penyalahgunaan Internet sebagai medan maki hamun serta penyebaran fitnah dan ugutan daripada terus berleluasa.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sudah tiba masa isu itu ditangani dengan lebih serius kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan identiti masyarakat Malaysia malah satu bentuk jenayah.
"Berdasarkan undang-undang sedia ada, kita tidak boleh meletakkan kesalahan ini di bawah kategori saman malu kerana kriterianya masih tidak mencukupi, justeru akan berlaku pindaan terhadap undang-undang tersebut.
"Usaha ini dijalankan bagi memastikan penjenayah alam siber ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang," jelasnya sewaktu dihubungi di sini semalam.
Beliau mengulas laporan khas Kosmo! semalam yang memaparkan sikap segelintir masyarakat gemar menjadikan laman sosial dan sembang di Internet sebagai medan untuk melepaskan kemarahan dan komen dengan menggunakan bahasa provokasi dan lucah.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP