Saintis dakwa dunia hampir kiamat
Tweet
* ROPBERT SOCOLOW duduk dekat dengan jam kiamat di Washington D.C kelmarin.
WASHINGTON - Sekumpulan saintis menyatakan, dunia semakin hampir menuju kiamat.
Kumpulan Buletin Saintis Atom (BAS) mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah menggerakkan jam kiamat lima minit sebelum tengah malam.
Kumpulan tersebut menyatakan tiada langkah yang mencukupi untuk menghentikan pertambahan bilangan senjata nuklear sebagai punca pergerakan jam berkenaan.
Jarum jam tersebut diletakkan enam minit sebelum tengah malam sejak dua tahun lalu.
Robert Socolow yang merupakan anggota BAS dan profesor kejuruteraan dan mekanikal Universiti Princeton menyatakan, dunia kini dalam keadaan kusut.
"Ramai orang mahu kehidupan yang lebih baik berbahagia daripada yang mereka alami kini," katanya. - AFP
* Sumber
* Sumber
4 Merujuk kepada perkara diatas :
memang benar tu
selari dgn perangai manusia yg pelik2 la ni
Nabi Muhammad pun tak tahu bila kiamat.. inikan saintis. Apapun dunia semakin tua cuma kita tak tahu bila akan kiamat
apahal jam tu mcm kaku jek?
pakcik tu siap posing mcm bangge gile jek.
diorang nak buat ujian mesin LHD tu...
Catat Ulasan