GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 17 Februari 2012

9 pasangan pelancong kahwin bogel di pantai Jamaica

* Tourist couples marry naked in Jamaica


KINGSTON: Sembilan pasangan pelancong semalam menyuarakan ikrar perkahwinan “Saya terima” dengan berbogel di pantai Jamaica.
Melangsungkan perkahwinan dengan bertelanjang pada Hari Valentine memberi makna bagaikan hidup dalam mimpi bagi seorang ibu yang tidak bekerja, Milly Salas dari daerah Bergen, New Jersey yang tidak pernah mengunjungi pantai bogel sebelum ini.

“Ia sungguh indah. Rasanya seperti dalam kisah dongeng,” kata Milli, 39, sejurus selepas acara perkahwinan bogel di Hedonism II, pusat peranginan tumpuan ramai di Negril, bandar pelancongan di barat pulau konservatif itu yang bergantung kepada industri pelancongan.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Superclub yang memiliki Hedonism, Zein Issa-Nakash, ikrar perkahwinan pada Hari Valentine dan hadiah penginapan empat hari menarik lebih 100 pasangan yang bertunang dari Amerika Syarikat dan Kanada, tetapi hanya 10 dipilih dalam sebahagian daripada pertandingan perkahwinan bogel itu.

Satu pasangan menarik diri sebelum hari penting itu yang difilemkan oleh kru TV dokumentari. Peserta, Kevin Young dari Land O’ Lakes, Florida berkata, bersiar-siar “secara semula jadi” sering dilakukannya sejak dia tinggal di tengah-tengah komuniti bogel. - AP

* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Admin 17 Februari 2012 pada 11:45 PG  

la nape pulak gambor tu tutup dgn bunga pulak :)

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP