GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 1 Februari 2012

David Beckham lelaki paling seksi di dunia



LONDON 31 Jan. - Bintang bolasepak terkenal, David Beckham dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah Heat pada tahun ini.

Pemain bola sepak kelab Los Angeles Galaxy itu, menduduki tangga teratas senarai 101 lelaki paling seksi selepas mengalahkan pelakon Ryan Gosling dan Ryan Reynolds yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Pelakon Bradley Cooper berada pada tangga keempat diikuti dengan Jake Gyllenhaal.
Senarai 101 lelaki paling seksi di dunia telah diundi oleh lebih 1,000 pembaca majalah Heat, di mana kedudukan tempat yang ke-26 hingga 101 hanya berdasarkan pada undi sahaja.

Senarai lelaki seksi 25 teratas merupakan hasil keputusan daripada undi pembaca dan beberapa pakar panel seperti jurugambar selebriti, Nicky Johnston; pengasas syarikat Premier Model, Carol White dan editor kolum Style dalam majalah Heat, Jo Hoare.

Bintang filem Twilight, Robert Pattinson, pelakon filem The Dark Knight Rises, Tom Hardy dan pelakon Johnny Depp turut berada dalam senarai 10 teratas.

Hakim rancangan televisyen X Factor, Gary Barlow menduduki tangga ke-13 manakala penyanyi kumpulan Take That, Robbie Williams berada pada tempat ke-39.

Editor majalah Heat, Lucie Cave berkata, majalah tersebut menampilkan senarai lelaki paling seksi pada setiap minggu namun ini merupakan kali pertama mereka mengumpulkan senarai muktamad lelaki paling seksi di dunia.

"Pembaca dan pakar panel kami dengan jelas menyatakan tidak ada selebriti lain yang lebih layak menerima gelaran ''lelaki paling seksi di dunia 2012'' selain Beckham.

"Dia mempunyai bakat, gaya, daya tarikan dan karisma. Kami amat gembira Beckham mengungguli senarai teratas dalam pengundian itu," kata Cave. - AGENSI

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP