GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 16 Februari 2012

Senarai 20 terkaya di Malaysia | Tan Sri Robert Kuok paling kaya


KUALA LUMPUR – Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Jan, 2012.
Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.
Teh secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.
Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.
Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.
Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Jan, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Feb.
Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.
Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.
Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.
Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.
Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace. – BERNAMA

NAMA                             HARTA                  SYARIKAT
                                                              (RM BILION)                                  
 

Robert Kuok Hock Nien                       45,700.00    Kerry Group/Kuok Group
T Ananda Krishnan                                42,998.00   Usaha Tegas
Tan Sri Teh Hong Piow                        12,642.01     Public Bank
Tan Sri Lee Shin Cheng                       11,356.55      IOI Group
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary   9,530.00        Albukhary Foundation
Tan Sri Quek Leng Chan                     8,002.92       Hong Leong Malaysia
Tan Sri Lim Kok Thay                          7,585.07       Genting Group
Puan Sri Lee Kim Hua                          6,588.33       Genting Group
Tan Sri Tiong Hiew King                    6,411.46          Rimbunan Hijau
Ong Beng Seng                                    4,919.56           Hotel Properties Ltd
Tan Sri Azman Hashim                      3,470.00         Arab-Malaysian Corp
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun      2,541.74           Berjaya Group
Datuk Mokhzani Mahathir                1,937.27            Kencana Petroleum
Datuk Lee Yeow Chor                           1,787.85         IOI Group
Tan Sri Tony Fernandes                     1,772.42          AirAsia
Lee Yeow Seng                                     1,746.00          IOI Group
Tan Sri Lau Cho Kun                           1,721.64         Hap Seng Consolidated
Tan Sri Yeoh Tiong Lay                      1,711.84           YTL Group
Tan Sri Lee Oi Hian                               1,589.97         Batu Kawan
Datuk Lee Hau Hian                              1,586.18         Batu Kawan
 
- Bernama

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP