Status lagu Bawaku Pergi diketahui seminggu lagi
Tweet
KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Raja Lawak dan Kaka akan diharamkan atau sebaliknya hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini, lagu itu hanya digantung buat sementara waktu sehingga siasatan sepenuhnya selesai dijalankan.
"Kita masih menjalankan siasatan dengan mengenal pasti sama ada lagu tersebut secara langsung menghina agama, budaya atau moral.
"Kerajaan akan bersikap teliti dan adil sebelum sesuatu lagu itu diharamkan," katanya ketika dihubungiKosmo! Ahad di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai lagu tersebut yang digantung siaran buat seketika ekoran liriknya yang mendatangkan kon troversi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pen cipta Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M. Daud Wahid berkata, lagu tersebut wajar diharamkan jika liriknya boleh mendorong anak muda terutamanya remaja perempuan untuk lari dari rumah.
* Sumber Kosmo!
1 Merujuk kepada perkara diatas :
salam..
pulak dah?
Catat Ulasan