18 termasuk 8 pondan ditahan polis
Tweet
GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang menahan 18 orang termasuk lapan pondan dalam Operasi Noda Khas di sekitar Lebuh Chulia, di sini awal pagi tadi.
Jurucakap polis berkata, kesemua mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh.
"Lima daripada pondan itu adalah warga Indonesia dan kesemua mereka ditahan di sebuah hotel murah di Lebuh Chulia.
"Sebaik menyedari kehadiran kami, mereka bertindak melarikan diri dan ada yang cuba bersembunyi di atas bumbung hotel berkenaan," katanya.
Beliau berkata, pondan itu menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Malaysia dan mereka disiasat menurut Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen.
Tambah jurucakap polis itu itu lagi, ada antara mereka yang ditahan itu pernah 13 kali ditahan kerana kesalahan yang sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tepi jalan.
Dalam masa yang sama, katanya, polis turut menahan tiga pasangan kekasih yang berkhalwat.
- BERNAMA
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan