GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 19 Jun 2012

ADUN Chenor Meninggal Dunia



PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak (  gambar ) yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, meninggal dunia pada pukul 8.55 pagi Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri itu dimasukkan ke Hoshas pada 8 Jun lalu selepas mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah akibat keracunan makanan.
Bagaimanapun, ADUN itu ditempatkan di ICU hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.
Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.
Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang sebelum ini.
Jenazah allahyarham dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor
* Sumber
*** Al Fatihah...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP