GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 27 Jun 2012

Campak 2 anak kerana bosan


GALINA dibawa oleh pegawai polis untuk siasatan.

MOSCOW: Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15 kerana dia bosan dengan mereka.

Galina Ryabkova, 30, dilihat dalam keadaan selamba dalam video pengawasan yang diambil daripada blok flet di Moscow Russia selepas insiden itu. Jiran di kompleks perumahan itu dikejutkan dengan bunyi tubuh kanak-kanak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu jatuh ke tanah. 

Walaupun mereka berusaha untuk membantu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia sebelum petugas kecemasan tiba. Menurut RT, Galina berkata, “dia bosan dengan anaknya” dan memutuskan “untuk menghapuskan mereka.” Galina yang suaminya keluar atas urusan perniagaan tinggal di tingkat lapan bangunan itu dan dipercayai membawa kanak-kanak berkenaan ke tingkat 15 sebelum mencampakkan mereka kelmarin. Seorang jiran di blok apartmen yang sama menceritakan kejadian ngeri itu kepada Life News.

Lelaki itu yang tidak mahu dikenal pasti, berkata, isterinya mengejutkannya memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit jatuh dari bangunan itu. Pasangan berkenaan berlari keluar dan melihat dua kanak-kanak itu terbaring di tanah di depan pintu masuk utama kompleks apartmen terbabit.

Lelaki itu berkata: “Pada waktu sama, ibu mereka meninggalkan bangunan itu. Kami bertanya kepadanya jika mereka adalah anaknya dan dia menjawab dengan selamba, “Ya, saya yang mencampakkan mereka.” CCTV dari blok apartmen itu sebagaimana dilaporkan New York Daily News menunjukkan seorang daripada kanak-kanak itu jatuh di depan bangunan itu.

Kemudian ia menunjukkan Galina turun ke bawah memakai jeans dan kemeja-T putih.

Dia duduk dengan tenang di lobi bangunan, mengejutkan jiran tetangga yang mengelilinginya bagi mengelakkan dia melarikan diri.
Video itu berakhir dengan pegawai polis tiba di bangunan itu untuk menyiasat kejadian ngeri berkenaan dan menahan ibu kanak-kanak malang terbabit.

Galina juga dilaporkan cuba untuk membunuh diri pada masa lalu dan suaminya mungkin berlaku curang kepadanya.
Galina akan dihantar ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan manakala siasatan diteruskan. - DM

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP