GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 3 Julai 2012

Dipenjara 6 bulan kerana simpan dompet jurujual


KUALA LUMPUR — Seorang tukang cuci dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyimpan dompet milik seorang jurujual, dua hari lepas.
Majistret Mohd. Azali Ibrahim turut memerintahkan Sauma Wahid, 50, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap 1 Julai lepas.
Ibu kepada lima anak itu didakwa dengan curang menyimpan dompet milik Siti Hanani Zulkaple, 31, di Tingkat 6, Pasaraya Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada 9.30 pagi hari berkenaan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.
Mengikut fakta kes, Siti Hanani menyedari dompetnya tercicir di kaunter dan rakaman kamera litar tertutup mendapati Sauma telah mengambil dompet itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Loh Wei Dhin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh.
Sauma, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman diringankan sambil berkata: “Kakak mahu pulangkan dompet itu tapi tak sempat kerana kakak sedang bekerja pada masa itu.” 
— BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP