GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 3 Julai 2012

Penonton terpegun lihat model mak nyah


ARAUJO memperagakan pakaian yang dicipta oleh syarikat fesyen Complexo B dalam pertunjukan fesyen di Rio de Janeiro Jumaat lalu.
RIO DE JANEIRO - Penonton-penonton satu minggu fesyen di sini terpegun dengan kehadiran model undangan iaitu seorang mak nyah, Patricia Araujo.
Orang ramai berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepada Araujo atau nama sebenarnya Patricia Oliveira ketika dia muncul di pentas untuk memperagakan jenama Complexo B pada Jumaat lalu.
Pereka fesyen Complexo B, Beto Neves berkata, dia sengaja mengundang mak nyah itu supaya orang ramai berasa kagum.
"Dalam dunia fesyen, anda dianggap hebat jika mampu membuat kejutan," katanya kepada akhbar Brazil, O Dia.
Laman web stesen televisyen tempatan Globo menggelar Araujo yang berusia 25 tahun sebagai bintang dalam majlis itu.
Seorang lagi model, Isabeli Fontana memberitahu Araujo ialah model yang paling hebat selepas menyaksikan penampilannya di atas pentas peragaan.
"Saya gemar dikerumuni wartawan. Saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi terkenal," kata mak nyah itu.
Araujo yang kurus dan tinggi itu memakai baju bulu haiwan dan pakaian berwarna hitam dan putih mendapat tepukan gemuruh daripada ratusan tetamu undangan. - AP
* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP