GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 10 Julai 2012

Seludup anak dalam bagasi


SHARJAH: Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menyeludup anak mereka masuk ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di dalam bagasi tangan mereka.

Pasangan warga Mesir itu ditangkap apabila kakitangan keselamatan lapangan terbang mengesan bayi berusia lima bulan itu menerusi mesin pengimbas bagasi. Mereka tidak dibenarkan meninggalkan Lapangan Terbang Sharjah, UAE, kerana tidak mempunyai dokumen lengkap untuk bayi itu.

Pihak berkuasa lapangan terbang bagaimanapun membenarkan mereka berada di lapangan terbang itu sehingga pejabat berkaitan dibuka.

Namun, pasangan itu cuba meneruskan hasrat mereka untuk memasuki UAE dan memasukkan bayi itu di dalam beg ketika pertukaran syif petugas.

Tetapi, perbuatan itu terbongkar apabila petugas keselamatan menyedari bentuk tubuh bayi pada mesin pengimbas.

Pemindaian sinar-X bayi di dalam koper

Pasangan terbabit dituduh membahayakan nyawa kanak-kanak yang boleh terdedah kepada radiasi.

Jurucakap Polis Sharjah berkata: “Mereka membahayakan nyawa kanak-kanak itu. Ketika disoalsiasat, mereka mengaku bertindak untuk menyeludup anak mereka kerana dia tidak mempunyai pasport atau visa tetapi mahu membawanya bersama-sama ke UAE.” Seorang lagi pegawai polis berkata: “Apabila petugas kastam melihat bayi itu pada mesin pengimbas, mereka terkejut.

“Mesin itu amat berbahaya kepada manusia, lebih-lebih lagi bayi dalam beg yang diimbas.

“Pasangan berkenaan yang mempunyai visa untuk memasuki UAE tetapi meletakkan nyawa anak mereka dalam bahaya akan didakwa.” Suami isteri berkenaan dilapor meninggalkan UAE kerana si ibu hamil dan mahu melahirkan anak itu di Mesir.

Setakat ini tidak dapat dijelaskan bagaimana kanak-kanak itu dibawa naik ke pesawat di Kaherah tanpa pasport. - GN

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP