Tauke nasi kandar ditahan kerana miliki pistol
Tweet
imej google
GEORGE TOWN — Polis menahan seorang peniaga nasi kandar dan merampas sepucuk pistol jenis Revolver 384mm beserta dua butir peluru di Jalan Van Praagh di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, hasil maklumat awam, pemilik restoran nasi kandar berumur 44 tahun itu ditahan dalam restorannya pada pukul 11.33 malam.
Katanya, setelah disiasat, polis menjumpai pistol buatan Brazil yang disembunyikan dalam but belakang kereta milik peniaga nasi kandar itu.
"Siasatan masih dijalankan sama ada suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan penjenayah di negeri ini namun siasatan awal mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya
.— BERNAMA
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan