Tom Cruise, Katie Holmes bercerai
Tweet
Peguam Katie, Jonathan Wolfe berkata, “Ini adalah hal peribadi Katie dan keluarganya.”
“Perkara penting buat Katie sekarang adalah anak perempuannya,” katanya.
Jurucakap Cruise memberitahu majalah People, “Katie telah memfailkan perceraian dan Tom sangat bersedih mengenai perkara ini. Sekarang, dia menumpukan perhatiannya kepada ketiga-tiga anaknya. Anda diminta menghormati privasinya.”
Cruise yang akan menyambut hari jadinya yang ke 50, mengahwini Katie di sebuah istana di Itali pada November 2006 selepas mengumumkan cintanya kepada bekas pelakon “Dawson’s Creek” secara langsung dalam rancagan Oprah dan melompat di atas sofa di studio.
Ia adalah perkahwinan pertama Katie dan yang ketiga untuk Cruise.
Menurut laporan TMZ, Katie dikatakan mahu hak penjagaan penuh terhadap Suri.
Pasangan “TomKat” itu berpisah 10 hari selepas aktor Johnny Depp berpisah secara baik dengan teman wanitanya, penyanyi dan pelakon Perancis, Venessa Paradis.
Katie pernah mengaku dia sangat meminati Cruise di zaman remaja, malah pernah meletakkan poster hero “Top Gun” itu di bilik tidurnya.
Selepas percintaan pantas mereka, Cruise melamar Katie di Menara Eiffel pada Jun 2005. - Agensi
KATIE memfailkan perceraian terhadap Cruise.
PELAKON popular, Tom Cruise dan isterinya, Katie Holmes akan bercerai, menurut laporan majalah People.
Pasangan itu bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Cruise, 49 yang baru-baru ini membintangi filem “Rock of Ages”, mengahwini Katie, 33 pada November 2006.
Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Suri, enam tahun.
Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Suri, enam tahun.
Peguam Katie, Jonathan Wolfe berkata, “Ini adalah hal peribadi Katie dan keluarganya.”
“Perkara penting buat Katie sekarang adalah anak perempuannya,” katanya.
Jurucakap Cruise memberitahu majalah People, “Katie telah memfailkan perceraian dan Tom sangat bersedih mengenai perkara ini. Sekarang, dia menumpukan perhatiannya kepada ketiga-tiga anaknya. Anda diminta menghormati privasinya.”
Cruise yang akan menyambut hari jadinya yang ke 50, mengahwini Katie di sebuah istana di Itali pada November 2006 selepas mengumumkan cintanya kepada bekas pelakon “Dawson’s Creek” secara langsung dalam rancagan Oprah dan melompat di atas sofa di studio.
Ia adalah perkahwinan pertama Katie dan yang ketiga untuk Cruise.
Menurut laporan TMZ, Katie dikatakan mahu hak penjagaan penuh terhadap Suri.
Pasangan “TomKat” itu berpisah 10 hari selepas aktor Johnny Depp berpisah secara baik dengan teman wanitanya, penyanyi dan pelakon Perancis, Venessa Paradis.
Katie pernah mengaku dia sangat meminati Cruise di zaman remaja, malah pernah meletakkan poster hero “Top Gun” itu di bilik tidurnya.
Selepas percintaan pantas mereka, Cruise melamar Katie di Menara Eiffel pada Jun 2005. - Agensi
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan