GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 29 September 2012

Penerbit filem Innocence of Muslims ditahan


NAKOULA bersama seorang pelakon di set penggambaran filem menghina Islam.

LOS ANGELES: Hakim Persekutuan semalam mengarahkan lelaki California yang bertanggungjawab menghasilkan filem menghina Islam ditahan kerana dianggap berisiko tinggi melarikan diri.

Ketua Hakim Daerah Sentral, Suzanne Segal, berkata Nakoula Basseley Nakoula wajar ditahan selepas pihak berkuasa mendapati dia melanggar perintah pengawasan ekoran sabitan kes penipuan pada 2010.

Pendakwa, Robert Dugdale, berkata Nakoula melanggar perintah itu lapan kali, termasuk menipu pegawai menyelianya, serta menggunakan nama samaran.

Selepas disabitkan pada 2010, Nakoula dihukum penjara 21 bulan dan dilarang menggunakan komputer atau Internet selama lima tahun tanpa kebenaran pegawai penyelia. Kata Dugdale, Nakoula perlu ditahan berdasarkan pola penipuannya yang panjang.

“Dia sentiasa cuba menghilangkan diri,” katanya. Nakoula, 55, didakwa bertanggungjawab menghasilkan filem Innocence of Muslims dan mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia. Melalui filem itu, Nabi Muhammad digambarkan sebagai kaki perempuan, pencabul kanak-kanak dan penipu.

Petikan sepanjang 14 minit daripada filem itu dimuat naik di YouTube pada Julai lalu dan mencetuskan bantahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia.
Pada 11 September lalu, keganasan merebak dan mengorbankan empat diplomat Amerika Syarikat (AS) di Libya.

Nakoula penganut Kristian Koptik berasal dari Mesir tetapi berhijrah ke AS. Dia bersembunyi sejak identitinya diketahui. - AP

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP