Profil Palsu, Facebook Brazil Diarah Bayar Ganti Rugi Kepada Seorang Wanita
Tweet
RIO DE JANEIRO: Sebuah mahkamah di Brazil pada Rabu mengarahkan laman sosial Facebook Brazil untuk membayar ganti rugi sebanyak $1,500 kepada seorang wanita kerana gagal menarik balik profil palsu mengandungi nama dan data peribadinya.
Profil palsu di laman sosial itu mengandungi beberapa gambar dan data peribadi yang disiarkan oleh pihak ketiga.
"Saya melaporkan perkara itu kepada Facebook Brazil tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Saya lakukan apa yang diminta termasuk menghantar bukti mengenai identiti saya," kata wanita terbabit, Nadya Pereira Justino.
Bagaimanapun, Nadya berkata, Facebook hanya menarik balik profil tersebut selepas dia mengambil tindakan undang-undang.
Facebook Brazil memberitahu bahawa mereka bukan pentadbir rangkaian laman sosial tersebut.
Sebaliknya, mereka berkata permintaan untuk menarik balik profil palsu itu sepatutnya dibuat menerusi Facebook.com.
* Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan