GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 2 Oktober 2012

Terminator simpan banyak rahsia daripada isteri


ARNOLD Schwarzenegger dan isterinya, Maria Shriver (kanan) meninggalkan satu upacara pengebumian di Potomac dekat Washington pada 22 Januari 2011.
SACRAMENTO - Bekas Gabenor Negeri California, Arnold Schwarzenegger menyatakan, sikapnya yang gemar berahsia dan kebolehannya menyembunyikan emosi membolehkan dia menyimpan banyak rahsia daripada isterinya, Maria Shriver.
Namun, perangainya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka apabila beliau akhirnya terpaksa mengaku mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan sulit bersama pembantu rumah keluarganya beberapa tahun lalu.
Sepanjang 25 tahun mereka berkahwin, Schwarzenegger berkata, beliau tidak mahu memberitahu Shriver tentang beberapa keputusan penting yang pernah dibuat dalam hidupnya seperti menjalani pembedahan jantung dan bertanding untuk jawatan Gabenor California.
Menurut Schwarzenegger, beliau berbuat demikian kerana bimbang isterinya akan memberikan reaksi keterlaluan dan mendedahkan perkara itu kepada keluarga dan rakan-rakannya.
Dalam buku biografi baharunya, Total Recall: My Unbelievably True Life Story dan wawancara bersama program televisyen 60 Minutes, bekas Gabenor California itu mengakui kesukarannya untuk bersikap jujur melukakan perasaan mereka yang paling rapat dengannya.
Temu bual tersebut disiarkan di Amerika Syarikat kelmarin.
"Beginilah cara saya menangani sesuatu perkara dan ia sentiasa berjaya. Sebenarnya, maksud saya, ia tidak berjaya kerana cara ini bukan terbaik buat mereka yang paling rapat dengan saya kerana ada beberapa perkara saya tidak akan memberitahu mereka," kata Schwarzenegger kepada wartawan, Lesley Stahl dalam program televisyen 60 Minutes.
Bekas penyandang gelaran bina badan Mr. Universe itu menyatakan, sikap berahsia sudah lama diamalkannya iaitu sejak beliau berkecimpung dalam sukan tersebut.
Menurutnya, pendedahan emosi akan membawa kegagalan kepada seseorang atlet.
"Justeru, saya menjadi pakar dalam hidup dalam penafian," kata bintang filem Terminator dan bekas gabenor berkenaan.
Schwarzenegger memuji Shriver dalam buku biografi tersebut sebagai pasangan dan rakan yang penting untuk kejayaannya.
Namun, pada masa yang sama, beliau turut mengakui merahsiakan banyak keputusan tentang kerjayanya daripada pengetahuan Shriver.
Wanita itu memohon perceraian pada Julai lalu.
Walaupun beliau menimbang untuk bertanding jawatan Gabenor selama lebih setahun, Schwarzenegger hanya memberitahu Shriver tentang hasratnya beberapa hari sebelum tempoh penyerahan borang penamaan calon untuk pilihan raya pada 2003 itu berakhir. - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP