Asap punca ibu lahir anak autisme
Los Angeles: Pencemaran alam sekitar dikaitkan dengan kemungkinan seseorang ibu bakal mempunyai anak autisme di mana bayi yang terhidu asap kenderaan ketika dalam rahim atau baru lahir juga berisiko mendapat autisme.
Kajian yang diterbitkan Archives of General Psychiatry menunjukkan bahawa pencemaran udara mempunyai kaitan dengan meningkatnya kadar autisme terhadap 500 bayi yang dilahirkan beberapa tahun ini.
Keputusan itu menyokong kajian sebelum ini yang mengaitkan kanak-kanak yang tinggal berhampiran jalan raya berisiko mengalami autisme.
“Kami tidak menyatakan pencemaran lalu lintas menyebabkan autisme tetapi mungkin menjadi faktor risiko,” kata Heather Volk, pembantu profesor di Sekolah Perubatan Keck Universiti Southern California di Los Angeles.
Mengukur kualiti udara
Autisme adalah gangguan spektrum DNA bermula daripada ketidakmampuan berkomunikasi dan ketinggalan dari segi mental, yang disifatkan sebagai gejala ringan sindrom Asperger.
Dalam kajian ini, Volk dan pasukannya mengukur kualiti udara di kawasan rumah kanak-kanak terbabit. Ia kemudian membandingkan dengan 245 kanak-kanak California yang tidak menghidap autisme.
Hasilnya 279 kanak-kanak yang autisme dua kali mungkin lebih banyak terdedah kepada pencemaran udara sewaktu dalam rahim dan tiga kali terkena pencemaran pada tahun pertama hayatnya.
Risiko dua kali ganda
Bagi kanak-kanak yang mengalami pencemaran bahan mengandungi campuran seperti asid, logam, tanah dan debu dengan jumlah yang banyak mempunyai risiko dua kali ganda lebih untuk mendapat autisme.
Volk turut melihat hubungan yang sama antara autisme dan nitrogen dioksida dalam kereta, trak dan asap kenderaan.
Kajian menunjukkan pencemaran tertentu berperanan dalam perkembangan otak tetapi itu tidak dapat membuktikan terkena pencemaran udara di kalangan kanak-kanak autisme. - Agensi.
* Sumber BH
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan