GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 23 Disember 2012

Ingat lagi tak dengan Pelakon watak antagonis Karim Latif ?


Karim Latiff

SATU ketika dulu, namanya menjadi sebutan penggiat filem dan drama. Siapa tidak kenal pelakon yang popular dengan watak antagonis, Karim Latiff, 76.

Beliau juga dikenali menerusi filem Ahmad Albab memegang watak Safar pada 1968.

Selepas empat dekad, Karim kini hanya mampu duduk di kerusi urut selepas mengalami masalah penglihatan dan tidak mampu berdiri lama selain sakit kencing manis dan asma.

“Beginilah kehidupan pak cik dan isteri. Kami tinggal di sini sejak 2000. Alhamdulillah, hasil kerja keras dan penat lelah, kami berjaya beli rumah (pangsa) ini. Meskipun tak mewah seperti orang lain, kami tetap bersyukur.

“Paling penting, anak tak melepaskan tanggungjawab dan sentiasa menjenguk kami meskipun semua ada keluarga,” katanya ketika ditemui di Taman Al-Ridhuan, Hulu Klang, baru-baru ini.

Katanya, dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan.

“Disebabkan golongan orang kelainan upaya (OKU), saya mendapat keistimewaan tidak dikenakan bayaran ketika membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ditanya mengenai tanggapan masyarakat mengenai kehidupan anak seni yang dianggap mewah, Karim mempunyai pendapat tersendiri.

“Bagi saya, kehidupan sebagai anak seni sangat manis untuk dikenang. Zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang, di mana bayaran untuk sebuah drama saja mencecah ribuan ringgit.

“Meskipun pernah berada bersama barisan pelakon popular, saya sentiasa menyimpan walaupun sikit. Sebab, saya fikir apabila hari tua, saya perlukan simpanan untuk diri dan keluarga,” katanya.

Memulakan karier seawal usia lapan tahun sebagai penyanyi, Karim pernah memasuki pertandingan Bintang Radio pada 1950-an hingga ke peringkat akhir, namun nasib tidak menyebelahinya. 

BERSAMA isterinya, Che Asma Hussain, Karim Latiff membelek gambar-gambar lamanya ketika menjadi pelakon drama TV dan filem era tahun 1960-an.

“Sewaktu zaman Jepun, saya banyak menyanyikan lagu Jepun dalam persembahan pentas. 

“Saya mengikuti kumpulan Sandiwara Suria Negara dan menjelajah seluruh negara dengan mengadakan pementasan drama serta nyanyian,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini. 

Pun begitu, disebabkan minat mendalam terhadap lakonan, dia berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura seorang diri ketika berusia 18 tahun untuk mengejar cita-cita bergelar bintang. 

“Saya masih ingat, mulanya saya hanya berlakon untuk pementasan pentas. Waktu itu saya ditawarkan watak sebagai pelakon pembantu oleh Allahyarham A R Tompel di bawah syarikat miliknya, Sandiwara Kencana dengan bayaran RM3 sehari. Jika tiada bayaran, kami diberi makan nasi kawah secara percuma. 

“Waktu itu, RM3 sangat berharga dan dikira mewah. Bayangkan saja, nasi campur ketika itu boleh dibeli dengan hanya 40 sen. 

“Saya mula berlakon drama TV pada 1964 dan antara drama yang mempopularkan saya seperti siri Keluarga Tompel dan Potret Pekerti. 

“Pada masa sama, saya bekerja di RTM sebagai pengalih suara untuk filem,” katanya yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. 

Selepas muncul sebagai anak wayang, tawaran berlakon yang diterima semakin mencurah. Antaranya dia mendapat banyak tawaran daripada Merdeka Studio. 

Antara filem lakonannya ialah Sumpah Pontianak, Samseng, Selendang Delima, Mashuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69, Lain Jalan Ke Syurga serta Amuk Tok Nadim. 


INFO: 

NAMA: Abdul Karim Abdul Latiff 
USIA: 76 tahun 
ASAL: Rembau, Negeri Sembilan 
ISTERI: Che Asma Hussain 
ANAK: Izuddin Nizam, Izmir, Nur Iznita , Izhar dan Izralfiddin 

FILEM: Silat Lagenda, Warna-Warna Hati, Mr Os, Penagih Dadah, Dayang Suhana, Enam Jahanam, Ahmad Albab, Gerimis, Anak Bapak, Keluarga 69, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi

* Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP