Sanggup tidak makan sebulan untuk kurus
Tweet
PENYANYI dan pelakon kacak, Jared Leto mengakui penurunan berat badannya secara mendadak berlaku selepas dia tidak menjamah sebarang makanan selama sebulan bagi memenuhi watak sebagai transeksual yang menghidap penyakit AIDS untuk filem Dallas Buyers Club.
Vokalis kumpulan 30 seconds To Mars itu telah melakukan perubahan drastik pada susuk tubuhnya bagi penggambaran filem tersebut di samping Jennifer Garner dan Matthew McConaughey.
Bagaimanapun, Jared hanya mengambil masa sebulan untuk mengurangkan berat badan sementara Matthew selama enam bulan.
"Badan saya mengalami perubahan aneh dan ada ketikanya amat sukar hanya bergantung kepada air untuk kurus. Bagaimanapun apa yang lebih penting untuk menjayakan watak tersebut," ujarnya.
Selain menguruskan badan, Jared juga turut membuang bulu di badan dan mencukur bulu kening bagi menjayakan watak tersebut.
* Sumber mStar Online
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan