Banduan sorok Telefon bimbit didalam dubur
Tweet
COLOMBO: Seorang banduan sudah memikirkan dengan teliti bagaimana untuk menyembunyikan telefon bimbitnya supaya tidak dikesan pengawal penjara.
Dia mungkin tidak memikirkan mengenai nada dering alat itu yang boleh menggagalkan usahanya, menurut laporan.
Seorang pegawai perubatan mendedahkan, bunyi nada dering telefon itu daripada punggungnya menyebabkan alat komunikasi itu dirampas ketika pemeriksaan keselamatan ke atas bilik tahanannya.
Banduan berusia 58 tahun itu dihantar ke hospital kerajaan di sini untuk membolehkan doktor mengambil alat komunikasi itu daripada dalam duburnya.
Cuba sorok
“Lelaki itu menyembunyikan alat komunikasi itu dalam badan,” kata pegawai yang meminta identitinya tidak didedahkan.
“Bagaimanapun, dia bernasib malang kerana telefon itu berbunyi (secara tiba-tiba pada waktu itu,” katanya lagi.
Pegawai itu juga berkata, lelaki itu hanya diberi rawatan pesakit laur dan berada di sana selama dua hari.
Berikutan penemuan telefon bimbit itu, lelaki terbabit dihantar pulang ke penjara semalam selepas alat itu dikeluarkan daripadanya.
Banduan terbabit sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana mencuri. Dia ditahan di penjara Welikada. - AFP
* Sumber BH
Imbasan x-ray menunjukkan telefon bimbit yang disorok di dalam dubur banduan. - Foto AFP
COLOMBO: Seorang banduan sudah memikirkan dengan teliti bagaimana untuk menyembunyikan telefon bimbitnya supaya tidak dikesan pengawal penjara.
Dia mungkin tidak memikirkan mengenai nada dering alat itu yang boleh menggagalkan usahanya, menurut laporan.
Banduan berusia 58 tahun itu dihantar ke hospital kerajaan di sini untuk membolehkan doktor mengambil alat komunikasi itu daripada dalam duburnya.
Cuba sorok
“Lelaki itu menyembunyikan alat komunikasi itu dalam badan,” kata pegawai yang meminta identitinya tidak didedahkan.
“Bagaimanapun, dia bernasib malang kerana telefon itu berbunyi (secara tiba-tiba pada waktu itu,” katanya lagi.
Pegawai itu juga berkata, lelaki itu hanya diberi rawatan pesakit laur dan berada di sana selama dua hari.
Berikutan penemuan telefon bimbit itu, lelaki terbabit dihantar pulang ke penjara semalam selepas alat itu dikeluarkan daripadanya.
Banduan terbabit sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana mencuri. Dia ditahan di penjara Welikada. - AFP
* Sumber BH
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan