GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 8 Februari 2013

Dipenjara kerana buat isyarat lucah


SOTO (kanan) terkejut apabila Rodriguez-Chomat menaikkan jaminan terhadapnya di sebuah mahkamah di Miami pada Isnin lalu.

MIAMI, Amerika Syarikat - Seorang wanita, Penelope Soto dipenjarakan kerana menghina mahkamah selepas dia membuat isyarat lucah semasa kes dadahnya didengar di sebuah mahkamah di sini pada Isnin lalu.


Kejadian itu bermula semasa Soto ketawa ketika Hakim Jorge Rodriguez-Chomat bertanya kepadanya nilai barangan kemas miliknya ketika dakwaan dia memiliki dadah dibicarakan.
Hakim tersebut mengemukakan pertanyaan itu kerana mahu menilai aset yang dimiliki wanita berusia 18 tahun itu.
Rodriguez-Chomat kemudian memberitahu Soto untuk bersikap lebih serius selepas dia ketawa.
Bagaimanapun, Soto menyatakan, dia memang bersikap serius.
Hakim itu kemudian menetapkan jaminan sebanyak AS$5,000 (RM15,457) dikenakan kepadanya sebelum mengungkapkan perkataan bye-bye.
Soto ketawa lagi dan membalas dengan perkataan adios yang bermaksud selamat tinggal.
Bagaimanapun, Rodriguez-Chomat kembali memanggil semula Soto dan meningkatkan jaminan terhadapnya sebanyak AS$10,000 (RM30,915).
Soto kemudian bertanya sama ada hakim tersebut serius dengan keputusannya itu.
"Saya serius, adios," kata Rodriguez-Chomat.
Soto kemudian menunjukkan sebatang jarinya yang merupakan isyarat lucah.
Hakim itu sekali lagi memanggilnya dan menjatuhkan hukuman penjara selama 30 hari ke atas Soto kerana membuat isyarat tersebut. 
- Agensi


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP