GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 18 Februari 2013

Doktor Malaysia bersalah lakukan serangan seksual


MELBOURNE — Mahkamah Majistret Elizabeth di Adelaide hari ini mensabitkan seorang doktor Malaysia atas dua tuduhan melakukan serangan seksual ke atas pesakit wanitanya di Australia Selatan.
Majistret Greg Fisher menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara, gantung kerja selama dua tahun dan diikat jamin berkelakuan baik ke atas Dr. Mohd Zaki Ibrahim, 37, kata seorang pegawai mahkamah di sini.
Mahkamah diberitahu, Mohd. Zaki melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2010 dan 16 Julai tahun sama.
Mohd Zaki, seorang penuntut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipercayai telah bekerja di sebuah bandar di kawasan desa di Australia Selatan sebelum berpindah bersama keluarganya ke Elizabeth, di pinggiran bandar Adelaide. 
— BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP