GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 4 Februari 2013

Enam Wanita Malaysia Didakwa Bekerja Sebagai 'Hamba S3ks' di Australia


MELBOURNE: Seorang wanita, dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney, memberitahu enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes "perhambaan seks", mereka perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang dihutang mereka untuk datang ke Australia, mahkamah diberitahu.
Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).
Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Wong yang juga dikenali sebagai 'Yoko', mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.
Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India, yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.
Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris, dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus - berjumlah kira-kira A$5,000.
"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP. Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannya.
"Mereka diberitahu yang mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah pelacuran itu sehingga mereka melangsaikan hutang mereka".
"Walaupun wanita itu telah selesai membayar hutang mereka selepas "tempoh singkat", Wong didakwa megugut akan membatalkan visa mereka jika mereka meninggalkan tempat itu.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Wong, Bruce Quinn, berkata dia "wanita baik" dan hanya bekerja di rumah pelacuran itu sebagai penyambut tetamu.
Beliau berkata perkara itu merupakan "pertikaian perusahaan" dan sengaja ditimbulkan supaya wanita berkenaan boleh tinggal di Australia.
Perbicaraan di hadapan Hakim Deborah Sweeney bersambung. -BERNAMA
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP