GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 20 Februari 2013

Hanya 3 minit rompak berlian RM153j


SEORANG pekerja menggunakan kren mengalihkan blok konkrit di pintu masuk ke landasan Lapangan terbang Antarabangsa Zaventem yang diceroboh perompak, semalam.
Brussels: Sekumpulan perompak bersenjata merompak berlian bernilai lebih £32 juta (RM153 juta) ketika ia dipunggah masuk ke dalam sebuah pesawat di lapangan terbang Brussels, semalam.
Lapan lelaki bersenjata menceroboh penghadang lapangan terbang itu menaiki kereta polis palsu sebelum memandu melintasi van keselamatan diparkir di landasan bersebelahan dengan pesawat penumpang Switzerland.
Kumpulan itu yang mengancam kakitangan bertugas merampas dua peti logam berkunci mengandungi barangan berharga ketika ia dipunggah ke dalam pesawat penerbangan Helvetic menuju ke Zurich pada jam lapan malam. 

Lelaki terbabit kemudian memunggah emas dan batu permata ke dalam kereta polis itu dan van kedua sebelum melarikan diri.
Kegiatan rompakan terancang itu mengambil masa hanya tiga minit.
Seorang pendakwa raya Belgium berkata: “Kumpulan lelaki itu bersenjatakan pistol tiba dengan dua kereta.

“Mereka mengancam kakitangan penerbangan dan petugas keselamatan serta menuntut mereka menyerahkan berlian dan batu permata lain sebelum melarikan diri. Tiada sesiapa dilaporkan cedera.

“Suspek dipercayai membuat lubang di pagar keselamatan yang mengelilingi lapangan terbang itu.” 

Sebuah kereta Audi Saloon diubah suai seperti kereta polis digunakan dalam insiden itu bersama dengan sebuah van Mercedes.

Van Mercedes itu ditemui dibakar di pinggir Brussels sejam selepas rompakan itu. - Agensi
* Sumber myMetro


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Penulis Rindu 20 Februari 2013 pada 10:43 PG  

Tuan Admin Minta tukar blog list boleh
http://kachipemas.blogspot.com/

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP