GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 8 Februari 2013

Hot FM Dedahkan Luahan Terbaharu Shila Amzah


Shila mahu kekasihnya dan bapa berdamai.
PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM pada pagi Jumaat berjaya menyiarkan ke seluruh negara pendedahan terbaharu penyanyi Shila Amzah yang meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.
Rakaman itu dipetik daripada laman Youtube yang dimuat naik oleh Shila yang antara lain turut menyatakan rasa rindu terhadap ibu bapanya.
"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.
Bagaimanapun, selepas rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi, video berkenaan yang turut menampilkan Shila menyanyikan lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira dipadamkan dan ia tidak boleh dibuka lagi.
Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak.
Wajah Shila ketika meluahkan perasaan sedihnya di Youtube.
Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.
Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.
Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP