GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 15 Februari 2013

INFO KESIHATAN : TIDOR BERDENGKUR PENYAKIT ATAU MASALAH BIASA?


Kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa, namun ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan dan kesihatan seseorang. Kesan paling cepat dan jelas ialah kerap berasa letih dan mengantuk pada waktu siang.

Bagaimana berdengkur boleh menyebabkan seseorang itu kurang tidur kerana pada anggapan umum, dengkuran menjadi tanda tidur yang nyenyak?

Sebenarnya, dengkuran boleh membuatkan kita kerap terjaga daripada tidur dan biasanya kita mengambil sedikit masa untuk kembali lena. Apabila tidur kerap terganggu, kita berasa letih dan mengantuk keesokan harinya.

Secara purata, kita menghabiskan satu pertiga daripada hidup dengan tidur.Tidur bukan perkara sia-sia kerana ia adalah waktu untuk badan berehat,meningkatkan keupayaan mental, ingatan dan fungsi psikologi. Malah,ketika tidur juga badan berpeluang menghasilkan sel baru dan memperbaikitisu rosak. Sesetengah orang bertuah kerana mereka mudah terlena sebaikmeletakkan kepala di bantal. Tidur adalah fasa tidak sedar sementara. Bagi kebanyakan orang, waktu tidur yang cukup ialah antara tujuh hinggasembilan jam.

Dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur .Ketika tidur, ototpada lelangit lembut (bahagian tisu lembut pada hujung lelangit yang kelihatan tergantung dan berhampiran dengan tekak, dipanggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat.

Jika tisu dalam kerongkong dalam keadaan terlalu rehat, ia akan bergetar. Getaran ini menghalang dan menyempitkan laluan udara. Apabila keadaan ini berlaku, tekanan dalam kerongkong menjadi tinggi.Semakin tinggi tekanan, semakin kuat getaran tisu dalam kerongkong dan keadaan ini menyebabkan bunyi dengkur. Dengkuran menjadi lebih kuat jika tekanan dalam saluran pernafasan semakin tinggi.

Untuk mengatasi perkara ini, mulut secara automatik terbuka bagi membolehkan lebih banyak udara masuk dan masalah berdengkur lebih kerap berlaku pada orang gemuk kerana kehadiran banyak tisu
lemak pada saluran pernafasan.

Menurutnya, punca dengkuran kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Dengkuran kanak-kanak biasanya disebabkan masalah tonsil atau adenoid (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung).

 Rawatan untuk kanak-kanak berdengkur juga lebih mudah iaitu dengan membuang tonsil yang bengkak atau besar.

Pada kanak-kanak, dengkuran dianggap perkara normal, tetapi jika berlanjutan sehingga dewasa ia menjadi gangguan bukan saja pada individu berkenaan, tetapi kepada pasangan atau orang lain yang
tidur berhampiran.

Beberapa faktor lain boleh menyebabkan seseorang berdengkur seperti:

# Bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar — semuanya boleh menghalang saluran udara.

# Kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk.

# Terlalu letih

# Minum banyak minuman keras sebelum tidur

# Masalah saluran pernafasan

# Mengalami masalah apnea tidur. Seseorang itu dikatakan mengalami apnea tidur apabila pernafasannya terhenti seketika sewaktu dia tidur. Dengkuran kuat juga terhenti seketika (biasanya lebih kurang 10 saat). Oleh kerana pernafasan terhenti, berlaku kekurangan oksigen dan berlebihan karbondioksida yang menyebabkan individu berkenaan terjaga dengan diikuti dengkuran kuat. Keadaan ini juga dipanggil apnea tidur obstruktif (OSA) dan biasanya dengkuran akibat OSA mempunyai rentak tertentu.

Adakah berdengkur tanda penyakit?

Berdengkur bukan penyakit tetapi ia dikategorikan sebagai masalah perubatan, terutama bagi individu yang alami apnea tidur, kerana boleh mengundang kedatangan pelbagai penyakit seperti strok dan tekanan darah tinggi, kata Perunding Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Ng Wai Keong.

Kurang pengetahuan mengenai kesan negatif berdengkur menyebabkan ramai tidak menganggapnya sebagai masalah. Gejala paling biasa dialami akibat tidur berdengkur ialah keletihan, mengantuk, daya tumpuan terjejas, cepat marah dan tertekan.

Apa masalahnya jika mengalami OSA? Banyak. Apabila pernafasan terhenti, kita mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan. Kekurangan oksigen memberi tekanan kepada jantung untukberfungsi dengan cekap.

Lebih kerap nafas terhenti, tekanan darah menjadi lebih tinggi yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok. OSA juga boleh mengakibatkan degupan jantung menjadi tidak normal.

Ada kajian mendapati, berbanding orang lain, individu berdengkur kuat mempunyai risiko 34 peratus untuk mengalami serangan jantung dan strok (67 peratus).

Ramai orang yang ada masalah OSA tertidur ketika memandu yang bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi nyawa orang lain. Malah, ia menyebabkan tidur pasangan atau orang yang hamper dengannya terganggu dan turut mengalami gejala seperti orang berdengkur tadi,ยต katanya.

Antara gejala apnea tidur ialah:

# Rasa sangat mengantuk pada waktu siang
# Dengkuran terganggu

# Insiden tercekik di tengah malam (ketika tidur kerana tidak cukup oksigen dalam badan)

# Tidur tidak lena

# Nokturia (kerap kencing di tengah malam)

# Tidak boleh menumpukan fikiran

# Mengalami masalah daya ingatan

# Kemurungan

# Mudah terganggu

# Apnea juga boleh mengganggu kualiti tidur dan hidup pasangan kerana mereka kerap terjaga akibat dengkuran kuat.



Rawatan.

Menurut Dr Lau, beberapa kaedah bukan pembedahan boleh digunakan mengatasi masalah dengkurseperti:

# Mengubah gaya hidup dan mengurangkan berat badan khususnya bagi individu yang terlalu gemuk.

# Elak minum minuman beralkohol, mengandungi kafein (seperti kopi) dan merokok sebelum tidur.

# Mengubah posisi ketika tidur dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah dengkur. Masalah ini lebih jelas jika tidur terlentang berbanding tidur mengiring.

# Jangan bersenam sebelum tidur kerana ia membuatkan seseorang berasa lebih segar dan sukar melelapkan mata.

# Elak keadaan yang boleh membuatkan anda terhutang tidur seperti menonton televisyen atau melayari Internet hingga jauh malam. Jika terhutang tidur, elok digantikan segera; sebaik-baiknya pada keesokan
Harinya.

# Titik beratkan kebersihan persekitaran tempat tidur dan pastikan bilik tidur anda dalam keadaan menenangkan.

# Gunakan pelekap khas pada hidung yang membantu membuka saluran pernafasan menjadi lebih besar.

# Gunakan semburan hidung

Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Sunway, Dr Gan Tong Nee berkata, kaedah pembedahan boleh dilakukan bagi kes OSA yang teruk. Bagaimanapun, ia bergantung kepada anatomi saluran pernafasan seseorang dan tahap keterukan masalah.
Jenis pembedahan tertakluk kepada keadaan seseorang, tetapi secara umumnya ia dibahagi kepada dua iaitu:

# Pembedahan konvensional yang dipanggil uvulopalatopharyngoplasty (UPPP) untuk membuang sedikit tisu uvula bagi meluaskan saluran pernafasan. Kaedah ini biasanya dilakukan untuk individu yang ada tonsil besar dan ia kurang popular kerana sangat menyakitkan. Selepas pembedahan, pesakit perlu mengambil makanan lembut

# Pembedahan laser (LAUP) bagi membuang tisu uvula untuk mengurangkan getaran tisu dalamkerongkong ketika tidur. Kini ada kaedah lain boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah berdengkur iaitu implan Pillar yang ditanam pada lelangit lembut. Penanaman implan ini bertujuan mengeraskan sedikit lelangit lembut supaya tidak mudah ¶jatuh· dan menghalang aliran udara ketika tidur.

Melalui kaedah ini, doktor menyuntik tiga implan bersaiz 18 milimeter dengan garis pusat dua milimeter ke lelangit lembut selepas diberi bius setempat. Kaedah ini hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit dan pesakit sedar ketika implan disuntik. Ini satu-satunya kaedah pembedahan minimali invasif (yang mudah dan cepat tanpa membabitkan luka pembedahan).

Selepas pembedahan, pesakit boleh kembali bekerja atau menyambung aktiviti hariannya. Mereka boleh makan seperti biasa kerana ia tidak membabitkan pembuangan tisu dalam mulut. Kesan ataukeberkesanan teknik ini berbeza antara individu dan bergantung kepada tahap dengkuran setiap orang.

Biasanya dengkuran berkurangan secara perlahan-lahan dan kesan terbaik boleh dilihat selepas tiga bulan iaitu apabila implan ¶bersatu· dan membuatkan lelangit lembut menjadi keras.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua orang sesuai mendapatkan rawatan ini. Ia hanya dilakukan ke atas individu berumur 18 tahun ke atas, tidak obes (Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 32), ukuran lelangit lembut melebihi 25 milimeter, tiada masalah saluran hidung tersumbat dan tiada sejarah pembedahan farinks.

TERIMA KASIH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP